Upacara perasmian Masjid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.
Sejarah Pembinaan Masjid Zahir
Upacara perasmian Masjid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.
TAMAN JUBLI EMAS
Dulu kalau hendak ke Pulau Bunting kita perlu menyewa bot atau perahu. Tetapi pada sekitar tahun 2004, sebuah jambatan yang menghubungkan daratan dan Pulau Bunting telah siap dibina. Panjang jambatan ini lebih kurang 1.5 kilometer. Sehingga kini kami belum tahu tujuan sebenar jambatan ini dibina. Jambatan ini dikatakan salah satu dari projek 'gajah putih' di negeri Kedah ini. Tetapi apa yang ingin ditulis di sini bukan mengenai kegagalan projek ini tetapi mengenai Pulau Bunting yang sememangnya satu tempat menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan yang indah dan salah satu tempat tumpuan bagi kaki pancing.
Lokasinya terletak di antara pekan Sungai Limau dan Sedaka . Untuk sampai ke sini, kita boleh menggunakan jalan yang menuju ke Kuala Sedaka atau sebatang jalan menuju ke pantai yang berdekatan dengan Pekan Sungai Limau. (Semasa artikel ini ditulis) Keadaan jalan menuju ke Pulau Bunting ini kurang elok dan tidak bertar. Pernah suatu ketika dulu berita tv menyiarkan tentang keadaan jalan ini, tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Anda boleh pilih hendak menggunakan jalan yang mana satu kerana keadaan kedua-dua jalan tidak banyak berbeza.
Dari atas jambatan kita dapat melihat pemandangan indah Gunung Jerai dari arah laut. Jika cuaca terang, menara pemancar dan banggunan yang ada di puncak Gunung jerai juga boleh dilihat dengan jelas. Selain itu, beberapa buah pulau berdekatan seperti Pulau Telur, Pulau Songsong dan beberapa pulau lain jelas kelihatan dari atas jambatan.
Di bahagian pulau pula, tempat yang dilihat sering dikunjungi ialah pantai di sebelah selatan pulau. Ini kerana beberapa tempat di bahagian ini berpasir. Ada sebuah rumah kosong dan jeti usang di situ, ada yang mengatakan dulu ia menjadi tempat tentera laut mendarat dan membuat latihan tetapi tidak diketahui kesahihannya. Kebanyakan tepi pantai pulau ini berbatu, dan tidak sesuai untuk mandi manda.
Ada juga pengunjung yang datang berkhemah di pulau ini, mereka terdiri dari pemancing-pemancing yang datang memancing. ada yang datang bersama keluarga dan rakan rakan, Kebiasaaanya lokasi mereka memancing ini jauh ke tengah pulau.
Waktu yang paling ramai orang berkunjung ke sini ialah pada waktu petang, ada yang datang sekadar jalan-jalan, berjoging dan memancing. Apabila menjadi tempat tumpuan ramai, aktiviti perniagaan menjual makanan dan minuman seperti keropok lekor, rojak dan makanan lain di sini, ia sekaligus menjana ekonomi penduduk setempat.
Sebagai tempat tumpuan pengunjung, pasti tidak terlepas dari kehadiran remaja dan muda-mudi. Apa yang menjadi masalahnya sesetengah daripada mereka mengambil kesempatan menjadikan tempat-tempat sebegini sebagai tempat untuk tunjuk dengan aksi mat rempit dan tempat untuk berasmara. Ini akan menjejaskan imej tempat ini sebagai bakal tempat tumpuan pelancong. Sebagai penduduk tempatan, tunjukkan imej kita sebagai penduduk yang bersopan santun dan menghormati tetamu.
Mungkin sikap 'Takpa' menebal dalam diri, ada sesetengah pemancing yang mengotorkan atas jambatan dengan sampah dan sisa umpan seperti tulang ikan dan kulit kerang dibiarkan ditempat memancing. Kalau pemancing lain boleh menjaga kebersihan tempat memancing, mengapa tidak anda? . Kita kena ingat, semasa kita datang keadaan tempat kita memancing itu bersih, semasa kita hendak pulang pun kita perlu pastikan ia bersih kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita semua.
Diakhir penulisan, kami percaya Pulau Bunting mampu menjadi Destinasi pelancongan yang menarik dan boleh memberi faedah kepada penduduk negeri Kedah terutama dalam menjana ekonomi penduduk setempat. Perbaiki jalan masuk ke pulau, bina kemudahan awam seperti surau, tandas, kemudahan penginapan dan kawalan pemantauan keselamatan, kami percaya Pulau Bunting akan tersenarai sebagai destinasi wajib yang harus dikunjungi oleh pelancong jika berkunjung ke negeri Kedah Darul Aman ini.
Nota: Pada masa Jambatan Pulau Bunting dibuka sehingga sekarang, ia bukan untuk kegunaan awam. Oleh itu, mengunakan jambatan ini adalah atas risiko anda sendiri.
Sistem Taksiran Baru STPM
Sepetang di Menara Condong Teluk Intan
Satu-satunya keistimewaan sejarah yang terdapat di bandar Teluk Intan ialah Menara Condong.
Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad.
Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.
Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.
Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunantersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.
Petua Untuk Mengatasi Asma Kanak-Kanak
Petuanya:
1. Ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta ditumbuk lumat.
2. Sapu daun yang telah lumat tersebut pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.
Falsafah Pendidikan
Sukatan Pelajaran KBSM-TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Negeri Kubang Pasu
AKIBAT serangan dan penaklukan Siam ke atas Kedah melalui armada Ligor pada 12 November 1821, Sultan Kedah yang ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845) telah kehilangan takhta. Baginda yang pada mulanya mendapat suaka di Pulau Pinang tetapi akibat kesan Perjanjian Burney 1826, Baginda terpaksa tinggal dalam pembuangan di Melaka sehinggalah ke tahun 1841.
Sementara itu, tindak-balas pejuang-pejuang Kedah terhadap tentera Ligor di Kedah terutamanya pusat-pusat kepentingan mereka di Alor Ganu dan kota Kuala Kedah dilaksanakan dengan pelbagai cara yang berkemuncak dengan serangan besar-besaran pimpinan Tunku Mahammad Saad sekitar 1838-1839 yang memaksa tentera Ligor diundurkan dari Kedah. Tunku Anom bin Tunku Abdul Rahman, putera saudara kepada Sultan Ahmad Tajuddin yang sebelum 1821 pernah dilantik sebagai Ketua Pengantar Bunga Emas dan dikurniakan gelaran ć…Łunku Paduka Raja Jambangan� turut serta memimpin pasukannya dari Kubang Pasu untuk melancarkan beberapa serangan gerila. Malah kerana jasa-jasa dan kebijaksanaan muslihat politiknya maka Raja/Gabenor Ligor telah menyerahkan kembali Negeri Kedah kepada Tunku Anom.
Atas jasa-jasa beliau, setelah kembalinya Sultan Ahmad Tajuddin dari Melaka ke takhtanya semula, maka daerah Kubang Pasu yang waktu itu mengandungi 24 mukim diserahkan kepadanya walaupun pada mulanya Tunku Anom enggan menerimanya. Bermula 1841, wujudlah sebuah negeri kecil bernama "Kubang Pasu Darul Qiyam" (Negeri yang teguh berdiri) berpusat di bandar Pulau Pisang.
Untuk melicinkan pentadbiran, Tunku Anom telah membentuk beberapa jabatan penting termasuklah mahkamah keadilan dan tanah. Geran atau surat pemilikan tanah diterbitkan kembali untuk menggantikan geran-geran terdahulu yang rosak atau hilang akibat serangan dan pendudukan tentera Ligor. Tunku Anom mangkat pada 31Mei 1853 digantikan oleh dua orang cucundanya iaitu Tunku Ishak menjadi Raja Negeri Kubang Pasu yang kedua dan Tunku Muhammad Saman selaku Raja Muda.
Disebabkan kelemahan pentadbiran mereka, maka Kerajaan Siam mengarahkan agar Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam disatukan semula di bawah pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman pada 10 November 1864, di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Sultan Kedah ke-25 (1854-1879).
Penyusunan Pegawai Tadbir Negeri Kedah
- Seluruh pegawai K.C.S disusun mengikut kelas. Sebelum merdeka, ada lima kelas. Pegawai yang paling tinggi dari kelas I dikenali sebagai "Staff Appointment" dan yang paling rendah dari kelas V dikenali sebagai Kadet.
- Pembentukan kelas bukan berdasarkan kepada individu tetapi berdasarkan kepada jawatan yang diwujudkan dalam senarai K.C.S di semua jabatan. Penentuan kelas sesuatu jawatan ditentukan mengikut beban yang dipikul oleh jawatan tersebut. Semakin berat beban dan tanggungjawab sesuatu jawatan semakin tinggilah kelasnya.
- Jadual Kelas Jawatan K.C.S.
- Setiausaha Kerajaan Negeri
- Pegawai Kewangan Negeri
- Pengarah Tanah
- Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri I
- Bendahari Negeri
- Pegawai Daerah Kulim
- Pegawai Daerah Kota Star
- Pegawai Daerah Kuala Muda
- Pengerusi Lembaga Bandaran Alor Star
- Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri III
- Penolong Setiausaha Cawangan Perkhidmatan
- Pegawai Daerah Kubang Pasu
- Pegawai Daerah Baling
- Pembantu Pertama Pengarah Tanah
- Pembantu Kedua Pengarah Tanah
- Pegawai Tanah Kota Star
- State Laision Officer (Pegawai Perhubungan Negeri)
- Shahbandar
- Pegawai Tanah Kuala Muda
- Pegawai Tanah Baling
- Pegawai Tanah Kubang Pasu
- Pegawai Tanah Bandar Baharu
- Clerk of Councils
- Setiausaha Menteri Besar
- Pegawai Penempatan
- Setiausaha Sulit DYMM Sultan
- Pegawai Tanah Kulim
- Pegawai Tanah Bandar Baharu
- Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Langkawi
- Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Yan
- Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Padang Terap
- Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Sik
- Setiausaha Majlis Bandaran Alor Star
- Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda
- Penolong Pegawai Daerah Kota Star
- Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu
- Penolong Pegawai Daerah Baling
- Penolong Pegawai Daerah Kulim
- Penolong Pegawai Tanah Kuala Muda
- Penolong Pegawai Tanah Kulim
- Penolong Pegawai Tanah Kota Star I
- Penolong Pegawai Tanah Kota Star II
- Penolong Pegawai Tanah Kubang Pasu
- Penolong Pegawai Tanah Bandar Baharu
- Penolong Pegawai Tanah Baling
- Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Langkawi
- Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Padang Terap
- Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Yan
- Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Sik
- Daerah Kota Star, Kubang Pasu dan Kulim dikenali dengan daerah kanan. Kelas 1A adalah Pegawai Kanan Negeri.