Kebijaksanaan Tunku Anom kembalikan takhta negeri Kedah
AKIBAT serangan dan penaklukan Siam ke atas Kedah melalui armada Ligor pada 12 November 1821, Sultan Kedah yang ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845) telah kehilangan takhta. Baginda yang pada mulanya mendapat suaka di Pulau Pinang tetapi akibat kesan Perjanjian Burney 1826, Baginda terpaksa tinggal dalam pembuangan di Melaka sehinggalah ke tahun 1841.
AKIBAT serangan dan penaklukan Siam ke atas Kedah melalui armada Ligor pada 12 November 1821, Sultan Kedah yang ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845) telah kehilangan takhta. Baginda yang pada mulanya mendapat suaka di Pulau Pinang tetapi akibat kesan Perjanjian Burney 1826, Baginda terpaksa tinggal dalam pembuangan di Melaka sehinggalah ke tahun 1841.
Sementara itu, tindak-balas pejuang-pejuang Kedah terhadap tentera Ligor di Kedah terutamanya pusat-pusat kepentingan mereka di Alor Ganu dan kota Kuala Kedah dilaksanakan dengan pelbagai cara yang berkemuncak dengan serangan besar-besaran pimpinan Tunku Mahammad Saad sekitar 1838-1839 yang memaksa tentera Ligor diundurkan dari Kedah. Tunku Anom bin Tunku Abdul Rahman, putera saudara kepada Sultan Ahmad Tajuddin yang sebelum 1821 pernah dilantik sebagai Ketua Pengantar Bunga Emas dan dikurniakan gelaran ć…Łunku Paduka Raja Jambangan� turut serta memimpin pasukannya dari Kubang Pasu untuk melancarkan beberapa serangan gerila. Malah kerana jasa-jasa dan kebijaksanaan muslihat politiknya maka Raja/Gabenor Ligor telah menyerahkan kembali Negeri Kedah kepada Tunku Anom.
Atas jasa-jasa beliau, setelah kembalinya Sultan Ahmad Tajuddin dari Melaka ke takhtanya semula, maka daerah Kubang Pasu yang waktu itu mengandungi 24 mukim diserahkan kepadanya walaupun pada mulanya Tunku Anom enggan menerimanya. Bermula 1841, wujudlah sebuah negeri kecil bernama "Kubang Pasu Darul Qiyam" (Negeri yang teguh berdiri) berpusat di bandar Pulau Pisang.
Untuk melicinkan pentadbiran, Tunku Anom telah membentuk beberapa jabatan penting termasuklah mahkamah keadilan dan tanah. Geran atau surat pemilikan tanah diterbitkan kembali untuk menggantikan geran-geran terdahulu yang rosak atau hilang akibat serangan dan pendudukan tentera Ligor. Tunku Anom mangkat pada 31Mei 1853 digantikan oleh dua orang cucundanya iaitu Tunku Ishak menjadi Raja Negeri Kubang Pasu yang kedua dan Tunku Muhammad Saman selaku Raja Muda.
Disebabkan kelemahan pentadbiran mereka, maka Kerajaan Siam mengarahkan agar Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam disatukan semula di bawah pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman pada 10 November 1864, di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Sultan Kedah ke-25 (1854-1879).
No comments:
Post a Comment