Sistem Taksiran Baru STPM

Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam.
Peperiksaan STPM yang sedia ada dikendalikan berdasarkan kepada tempoh pengajian tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini terdiri daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua tempoh persekolahan. Peperiksaan bagi pengajian tingkatan enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu pada bulan November hingga Disember.
Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod. Mod pertama ialah sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada. Mod kedua ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012, mereka merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran tingkatan enam. Sistem pentaksiran baharu STPM ini adalah cetusan idea yang amat bermakna oleh mantan Ketua Eksekutif MPM, Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011).
Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini. Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak menganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada.
Dari segi penawaran bilangan mata pelajaran juga tidak berubah, iaitu masih 23 mata pelajaran yang ditawarkan seperti yang berikut:

Sepetang di Menara Condong Teluk Intan


Satu-satunya keistimewaan sejarah yang terdapat di bandar Teluk Intan ialah Menara Condong.

Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad.

Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.

Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.

Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunantersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.


Petua Untuk Mengatasi Asma Kanak-Kanak



Serangan asma pada kanak-kanak selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa. Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun. Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 – 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 – 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh. Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya. Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Petuanya:

1. Ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta ditumbuk lumat.

2. Sapu daun yang telah lumat tersebut pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.



Falsafah Pendidikan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Sukatan Pelajaran KBSM-TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Dapatkan Sukatan Pelajaran tersebut di bawah:





How to draw a Cartoon Dinosaur - Brontosaurus

Different Ways To Count Money

Perubahan Logo Kereta Jenama Terkemuka

Negeri Kubang Pasu

Kebijaksanaan Tunku Anom kembalikan takhta negeri Kedah

AKIBAT serangan dan penaklukan Siam ke atas Kedah melalui armada Ligor pada 12 November 1821, Sultan Kedah yang ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845) telah kehilangan takhta. Baginda yang pada mulanya mendapat suaka di Pulau Pinang tetapi akibat kesan Perjanjian Burney 1826, Baginda terpaksa tinggal dalam pembuangan di Melaka sehinggalah ke tahun 1841.

Sementara itu, tindak-balas pejuang-pejuang Kedah terhadap tentera Ligor di Kedah terutamanya pusat-pusat kepentingan mereka di Alor Ganu dan kota Kuala Kedah dilaksanakan dengan pelbagai cara yang berkemuncak dengan serangan besar-besaran pimpinan Tunku Mahammad Saad sekitar 1838-1839 yang memaksa tentera Ligor diundurkan dari Kedah. Tunku Anom bin Tunku Abdul Rahman, putera saudara kepada Sultan Ahmad Tajuddin yang sebelum 1821 pernah dilantik sebagai Ketua Pengantar Bunga Emas dan dikurniakan gelaran ć…Łunku Paduka Raja Jambangan� turut serta memimpin pasukannya dari Kubang Pasu untuk melancarkan beberapa serangan gerila. Malah kerana jasa-jasa dan kebijaksanaan muslihat politiknya maka Raja/Gabenor Ligor telah menyerahkan kembali Negeri Kedah kepada Tunku Anom.

Atas jasa-jasa beliau, setelah kembalinya Sultan Ahmad Tajuddin dari Melaka ke takhtanya semula, maka daerah Kubang Pasu yang waktu itu mengandungi 24 mukim diserahkan kepadanya walaupun pada mulanya Tunku Anom enggan menerimanya. Bermula 1841, wujudlah sebuah negeri kecil bernama "Kubang Pasu Darul Qiyam" (Negeri yang teguh berdiri) berpusat di bandar Pulau Pisang.

Untuk melicinkan pentadbiran, Tunku Anom telah membentuk beberapa jabatan penting termasuklah mahkamah keadilan dan tanah. Geran atau surat pemilikan tanah diterbitkan kembali untuk menggantikan geran-geran terdahulu yang rosak atau hilang akibat serangan dan pendudukan tentera Ligor. Tunku Anom mangkat pada 31Mei 1853 digantikan oleh dua orang cucundanya iaitu Tunku Ishak menjadi Raja Negeri Kubang Pasu yang kedua dan Tunku Muhammad Saman selaku Raja Muda.

Disebabkan kelemahan pentadbiran mereka, maka Kerajaan Siam mengarahkan agar Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam disatukan semula di bawah pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman pada 10 November 1864, di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Sultan Kedah ke-25 (1854-1879).

Penyusunan Pegawai Tadbir Negeri Kedah

  • Seluruh pegawai K.C.S disusun mengikut kelas. Sebelum merdeka, ada lima kelas. Pegawai yang paling tinggi dari kelas I dikenali sebagai "Staff Appointment" dan yang paling rendah dari kelas V dikenali sebagai Kadet.
  • Pembentukan kelas bukan berdasarkan kepada individu tetapi berdasarkan kepada jawatan yang diwujudkan dalam senarai K.C.S di semua jabatan. Penentuan kelas sesuatu jawatan ditentukan mengikut beban yang dipikul oleh jawatan tersebut. Semakin berat beban dan tanggungjawab sesuatu jawatan semakin tinggilah kelasnya.
  • Jadual Kelas Jawatan K.C.S.
Staff Appointment
  1. Setiausaha Kerajaan Negeri
Kelas IA
  1. Pegawai Kewangan Negeri
  2. Pengarah Tanah
  3. Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri I
Kelas IB
  1. Bendahari Negeri
  2. Pegawai Daerah Kulim
  3. Pegawai Daerah Kota Star
  4. Pegawai Daerah Kuala Muda
  5. Pengerusi Lembaga Bandaran Alor Star
Kelas II
  1. Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri III
  2. Penolong Setiausaha Cawangan Perkhidmatan
  3. Pegawai Daerah Kubang Pasu
  4. Pegawai Daerah Baling
  5. Pembantu Pertama Pengarah Tanah
  6. Pembantu Kedua Pengarah Tanah
  7. Pegawai Tanah Kota Star
  8. State Laision Officer (Pegawai Perhubungan Negeri)
Kelas III
  1. Shahbandar
  2. Pegawai Tanah Kuala Muda
  3. Pegawai Tanah Baling
  4. Pegawai Tanah Kubang Pasu
  5. Pegawai Tanah Bandar Baharu
  6. Clerk of Councils
  7. Setiausaha Menteri Besar
  8. Pegawai Penempatan
  9. Setiausaha Sulit DYMM Sultan
Kelas IV
  1. Pegawai Tanah Kulim
  2. Pegawai Tanah Bandar Baharu
  3. Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Langkawi
  4. Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Yan
  5. Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Padang Terap
  6. Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Sik
  7. Setiausaha Majlis Bandaran Alor Star
Kelas V
  1. Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda
  2. Penolong Pegawai Daerah Kota Star
  3. Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu
  4. Penolong Pegawai Daerah Baling
  5. Penolong Pegawai Daerah Kulim
  6. Penolong Pegawai Tanah Kuala Muda
  7. Penolong Pegawai Tanah Kulim
  8. Penolong Pegawai Tanah Kota Star I
  9. Penolong Pegawai Tanah Kota Star II
  10. Penolong Pegawai Tanah Kubang Pasu
  11. Penolong Pegawai Tanah Bandar Baharu
  12. Penolong Pegawai Tanah Baling
  13. Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Langkawi
  14. Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Padang Terap
  15. Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Yan
  16. Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Sik
  • Daerah Kota Star, Kubang Pasu dan Kulim dikenali dengan daerah kanan. Kelas 1A adalah Pegawai Kanan Negeri.