Kuliah 05.03.12 yang lepas..


 


Kuliah utk kursus DPLI-GSTT.... panas macam nk pecah kepala... terpaksa bertahan... mujur semua lect. utk tiga subjek hari ini baik-baik... habiskan kuliah awal dari masanya... dewan kuliah DKG 6/6 ada masalah aircond.... tak tahan sangat... bau manusia pun dah satu macam 'haruman'.. kesan: letih sampai malam.... dengar cerita sepanjang minggu ini ada masalah... aduhhh...!!! harap kawan2 bersabar dengan semangat yang berkobar-kobar untuk belajar... hahaha...

Feri Pulau Pinang

                      

Sebut saja Pulau Pinang (orang tua-tua dulu panggil Tanjung), kita pasti teringat akan feri. Perkhidmatan feri bermula sejak tahun 1894 oleh seorang pengusaha persendirian, Encik Quah Beng Kee dan saudara-saudaranya (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1981). Walau bagaimanapun, reka bentuk feri pada masa itu bukan seperti yang dapat disaksikan pada hari ini, feri pada masa itu hanya merupakan lanci-lanci kecil yang menggunakan kuasa wap untuk berjalan (Mahanum Ghazali, 1995). Feri itu juga hanya dapat mengangkut penumpang dan barang-barang yang terhad sahaja kerana pada masa itu masih belum ada kenderaan bermotor (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1981). Manakala lokasi pendaratan feri pada waktu itu adalah diantara Jeti Kedah di Pulau Pinang dan beberapa tempat pendaratan di Seberang Perai (Mahanum Ghazali, 1995). Perkhidmatan feri yang dapat mengangkut kenderaan bermotor hanya bermula selepas Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang (LPPP) mengambil alih pengurusan dan penyeliaan feri pada Disember 1924. Pada tahun berikutnya, perkhidmatan ini telah dikendalikan di jeti yang khusus, iaitu Jeti Lebuh Gereja di Pulau Pinang dan Jeti Mitchell di Butterworth. Pada masa itu, hanya terdapat satu feri berkuasa wap bernama “Seberang” yang dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura sahaja yang beroperasi untuk memuatkan penumpang pejalan kaki dan kereta-kerata (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977).

Rasanya cukuplah sedikit sebanyak saya cerita pasal feri ni. Kalau nak tau lebih lanjut, jomla kita pakat-pakat pi Penang...