Singgah sebentar di Pulau Bunting

 Dulu kalau hendak ke Pulau Bunting kita perlu menyewa bot atau perahu. Tetapi pada sekitar tahun 2004, sebuah jambatan yang menghubungkan daratan dan Pulau Bunting telah siap dibina. Panjang jambatan ini lebih kurang 1.5 kilometer. Sehingga kini kami belum tahu tujuan sebenar jambatan ini dibina. Jambatan ini dikatakan salah satu dari projek 'gajah putih' di negeri Kedah ini. Tetapi apa yang ingin ditulis di sini bukan mengenai kegagalan projek ini tetapi mengenai Pulau Bunting yang sememangnya satu tempat menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan yang indah dan salah satu tempat tumpuan bagi kaki pancing.
Active ImageLokasinya terletak  di antara pekan Sungai Limau dan Sedaka . Untuk sampai ke sini, kita boleh menggunakan jalan yang menuju ke Kuala Sedaka atau sebatang jalan menuju ke pantai yang berdekatan dengan Pekan Sungai Limau. (Semasa artikel ini ditulis) Keadaan jalan menuju ke Pulau Bunting ini kurang elok dan tidak bertar. Pernah suatu ketika dulu berita tv menyiarkan tentang keadaan jalan ini, tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Anda boleh pilih hendak menggunakan jalan yang mana satu kerana keadaan kedua-dua jalan tidak banyak berbeza.

Dari atas jambatan kita dapat melihat pemandangan indah Gunung Jerai dari arah laut. Jika cuaca terang, menara pemancar dan banggunan yang ada di puncak Gunung jerai juga boleh dilihat dengan jelas. Selain itu, beberapa buah pulau berdekatan seperti Pulau Telur, Pulau Songsong dan beberapaActive Image pulau lain jelas kelihatan dari atas jambatan.

Di bahagian pulau pula, tempat yang dilihat sering dikunjungi ialah pantai di sebelah selatan pulau. Ini kerana beberapa tempat di bahagian ini berpasir. Ada sebuah rumah kosong dan jeti usang di situ, ada yang mengatakan dulu ia menjadi tempat tentera laut mendarat dan membuat latihan tetapi tidak diketahui kesahihannya. Kebanyakan tepi pantai pulau ini berbatu, dan tidak sesuai untuk mandi manda.

Ada juga pengunjung yang datang berkhemah diActive Image pulau ini, mereka terdiri dari pemancing-pemancing yang  datang memancing. ada yang datang bersama keluarga dan rakan rakan, Kebiasaaanya lokasi mereka memancing ini jauh ke tengah pulau.

Waktu yang paling ramai orang berkunjung ke sini ialah pada waktu petang, ada yang datang sekadar jalan-jalan, berjoging dan memancing. Apabila menjadi tempat tumpuan ramai, aktiviti perniagaan menjual makanan dan minuman seperti keropok lekor, rojak dan makanan lain di sini, ia sekaligus menjana ekonomi penduduk setempat.

Sebagai tempat tumpuan pengunjung, pasti tidak terlepas dari kehadiran remaja dan muda-mudi. Apa yang menjadi masalahnya sesetengah daripada mereka mengambil kesempatan  menjadikan tempat-tempat sebegini sebagai tempat untuk tunjuk dengan aksi mat rempit dan tempat untuk berasmara. Ini akan menjejaskan imej tempat ini sebagai bakal tempat tumpuan pelancong. Sebagai penduduk tempatan, tunjukkan imej kita sebagai penduduk yang bersopan santun dan menghormati tetamu.

Mungkin sikap 'Takpa' menebal dalam diri, ada sesetengah pemancing yang mengotorkan atas jambatan dengan sampah dan  sisa umpan seperti tulang ikan dan kulit kerang dibiarkan  ditempat memancing. Kalau pemancing lain boleh menjaga kebersihan tempat memancing, mengapa tidak anda? . Kita kena ingat, semasa kita datang keadaan tempat kita memancing itu bersih, semasa kita hendak pulang pun kita perlu pastikan ia bersih kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita semua.

Diakhir penulisan, kami percaya Pulau Bunting mampu menjadi Destinasi pelancongan yang menarikActive Image dan boleh memberi faedah kepada penduduk negeri Kedah terutama dalam menjana ekonomi penduduk setempat. Perbaiki jalan masuk ke pulau, bina kemudahan awam seperti surau, tandas, kemudahan penginapan dan kawalan pemantauan keselamatan, kami percaya Pulau Bunting akan tersenarai sebagai destinasi wajib yang harus dikunjungi oleh pelancong jika berkunjung ke negeri Kedah Darul Aman ini.

Nota: Pada masa Jambatan Pulau Bunting dibuka sehingga sekarang, ia bukan untuk kegunaan awam. Oleh itu, mengunakan jambatan ini adalah atas risiko anda sendiri.