Negeri Kubang Pasu

Kebijaksanaan Tunku Anom kembalikan takhta negeri Kedah

AKIBAT serangan dan penaklukan Siam ke atas Kedah melalui armada Ligor pada 12 November 1821, Sultan Kedah yang ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1845) telah kehilangan takhta. Baginda yang pada mulanya mendapat suaka di Pulau Pinang tetapi akibat kesan Perjanjian Burney 1826, Baginda terpaksa tinggal dalam pembuangan di Melaka sehinggalah ke tahun 1841.

Sementara itu, tindak-balas pejuang-pejuang Kedah terhadap tentera Ligor di Kedah terutamanya pusat-pusat kepentingan mereka di Alor Ganu dan kota Kuala Kedah dilaksanakan dengan pelbagai cara yang berkemuncak dengan serangan besar-besaran pimpinan Tunku Mahammad Saad sekitar 1838-1839 yang memaksa tentera Ligor diundurkan dari Kedah. Tunku Anom bin Tunku Abdul Rahman, putera saudara kepada Sultan Ahmad Tajuddin yang sebelum 1821 pernah dilantik sebagai Ketua Pengantar Bunga Emas dan dikurniakan gelaran ć…Łunku Paduka Raja Jambangan� turut serta memimpin pasukannya dari Kubang Pasu untuk melancarkan beberapa serangan gerila. Malah kerana jasa-jasa dan kebijaksanaan muslihat politiknya maka Raja/Gabenor Ligor telah menyerahkan kembali Negeri Kedah kepada Tunku Anom.

Atas jasa-jasa beliau, setelah kembalinya Sultan Ahmad Tajuddin dari Melaka ke takhtanya semula, maka daerah Kubang Pasu yang waktu itu mengandungi 24 mukim diserahkan kepadanya walaupun pada mulanya Tunku Anom enggan menerimanya. Bermula 1841, wujudlah sebuah negeri kecil bernama "Kubang Pasu Darul Qiyam" (Negeri yang teguh berdiri) berpusat di bandar Pulau Pisang.

Untuk melicinkan pentadbiran, Tunku Anom telah membentuk beberapa jabatan penting termasuklah mahkamah keadilan dan tanah. Geran atau surat pemilikan tanah diterbitkan kembali untuk menggantikan geran-geran terdahulu yang rosak atau hilang akibat serangan dan pendudukan tentera Ligor. Tunku Anom mangkat pada 31Mei 1853 digantikan oleh dua orang cucundanya iaitu Tunku Ishak menjadi Raja Negeri Kubang Pasu yang kedua dan Tunku Muhammad Saman selaku Raja Muda.

Disebabkan kelemahan pentadbiran mereka, maka Kerajaan Siam mengarahkan agar Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam disatukan semula di bawah pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman pada 10 November 1864, di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Sultan Kedah ke-25 (1854-1879).

Penyusunan Pegawai Tadbir Negeri Kedah

  • Seluruh pegawai K.C.S disusun mengikut kelas. Sebelum merdeka, ada lima kelas. Pegawai yang paling tinggi dari kelas I dikenali sebagai "Staff Appointment" dan yang paling rendah dari kelas V dikenali sebagai Kadet.
  • Pembentukan kelas bukan berdasarkan kepada individu tetapi berdasarkan kepada jawatan yang diwujudkan dalam senarai K.C.S di semua jabatan. Penentuan kelas sesuatu jawatan ditentukan mengikut beban yang dipikul oleh jawatan tersebut. Semakin berat beban dan tanggungjawab sesuatu jawatan semakin tinggilah kelasnya.
  • Jadual Kelas Jawatan K.C.S.
Staff Appointment
  1. Setiausaha Kerajaan Negeri
Kelas IA
  1. Pegawai Kewangan Negeri
  2. Pengarah Tanah
  3. Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri I
Kelas IB
  1. Bendahari Negeri
  2. Pegawai Daerah Kulim
  3. Pegawai Daerah Kota Star
  4. Pegawai Daerah Kuala Muda
  5. Pengerusi Lembaga Bandaran Alor Star
Kelas II
  1. Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri III
  2. Penolong Setiausaha Cawangan Perkhidmatan
  3. Pegawai Daerah Kubang Pasu
  4. Pegawai Daerah Baling
  5. Pembantu Pertama Pengarah Tanah
  6. Pembantu Kedua Pengarah Tanah
  7. Pegawai Tanah Kota Star
  8. State Laision Officer (Pegawai Perhubungan Negeri)
Kelas III
  1. Shahbandar
  2. Pegawai Tanah Kuala Muda
  3. Pegawai Tanah Baling
  4. Pegawai Tanah Kubang Pasu
  5. Pegawai Tanah Bandar Baharu
  6. Clerk of Councils
  7. Setiausaha Menteri Besar
  8. Pegawai Penempatan
  9. Setiausaha Sulit DYMM Sultan
Kelas IV
  1. Pegawai Tanah Kulim
  2. Pegawai Tanah Bandar Baharu
  3. Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Langkawi
  4. Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Yan
  5. Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Padang Terap
  6. Pegawai Daerah dan Pegawai Tanah Sik
  7. Setiausaha Majlis Bandaran Alor Star
Kelas V
  1. Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda
  2. Penolong Pegawai Daerah Kota Star
  3. Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu
  4. Penolong Pegawai Daerah Baling
  5. Penolong Pegawai Daerah Kulim
  6. Penolong Pegawai Tanah Kuala Muda
  7. Penolong Pegawai Tanah Kulim
  8. Penolong Pegawai Tanah Kota Star I
  9. Penolong Pegawai Tanah Kota Star II
  10. Penolong Pegawai Tanah Kubang Pasu
  11. Penolong Pegawai Tanah Bandar Baharu
  12. Penolong Pegawai Tanah Baling
  13. Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Langkawi
  14. Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Padang Terap
  15. Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Yan
  16. Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Tanah Sik
  • Daerah Kota Star, Kubang Pasu dan Kulim dikenali dengan daerah kanan. Kelas 1A adalah Pegawai Kanan Negeri.